Eksekutif (Undang-Undang)

Waqaf An-Nur Corporation Berhad
Johor Bahru, Johor

Job Description

Skop Tugas

Bertanggungjawab membantu Ketua Jabatan dalam menguruskan hal ehwal berkaitan isu perundangan yang melibatkan Waqaf An-Nur dan Syarikat dalam Kumpulan. Skop tugas merangkumi antara lain:

  1. Berkomunikasi dan berurusan dengan panel peguam, penyedia perkhidmatan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), agensi-agensi kerajaan, badan-badan berautoriti, pihak berkuasa berkaitan, jabatan-jabatan dalam Waqaf An-Nur serta Syarikat dalam Kumpulan bagi melaksanakan tugasan yang berkaitan.

  2. Bertanggungjawab memaklumkan syarikat berkenaan perkembangan terkini dalam bidang undang-undang yang berkaitan dengan operasi serta kelangsungan syarikat, termasuk menilai implikasinya.

  3. Bertindak sebagai pengawal dokumen bagi memastikan penyimpanan rekod yang lengkap, kemas dan sistematik untuk Waqaf An-Nur.

  4. Melaksanakan tugasan berkaitan perundangan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Mengurus serta memberi nasihat berkaitan hal ehwal harta intelek, termasuk pendaftaran, perlindungan dan penguatkuasaan hak harta intelek syarikat;

  • Menjalankan carian perundangan dan menyediakan nasihat guaman yang berkaitan;

  • Menyediakan draf serta menyemak dokumen dan perjanjian;

  • Mengenal pasti, memaklumkan serta memberi solusi penyelesaian terhadap isu-isu perundangan yang melibatkan Waqaf An-Nur dan Syarikat dalam Kumpulan.

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB. Hons) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

  • Memiliki dan memegang Lesen Setiausaha Syarikat yang sah adalah satu keutamaan.

Pengalaman

  • Berpengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebagai Peguambela & Peguamcara / In House Lawyer

  • Berpengalaman dalam mengendalikan transaksi korporat dan perbankan islam;

  • Mempunyai pendedahan dalam transaksi harta intelek adalah satu kelebihan;

  • Kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

  • Mempunyai kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang tinggi; dan

  • Mampu bekerja secara berdikari serta bekerjasama dalam pasukan.

Specialization: Legal
Hiring Company

Waqaf An-Nur Corporation Berhad

Through waqf mechanism, Johor Corporation continues to invest resources to carry out its corporate responsibility by providing professional management capabilities. The initiative of share waqf by JCorp is a testament... (More)

See all Careers and Jobs at Waqaf An-Nur Corporation Berhad
Similar Jobs
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
All Similar Jobs >>
Hiring?
Sign up for an employer account and Post your Jobs!