Bertanggungjawab membantu Ketua Jabatan dalam menguruskan hal-hal berkaitan kesetiausahaan syarikat yang merangkumi antara lain: Memberi nasihat kepada pihak Pengurusan dan Lembaga Pengarah berkenaan peruntukan di bawah Akta Syarikat. Memahami dan memastikan pematuhan terhadap peruntukan Memorandum & Artikel Syarikat serta Akta Syarikat, khususnya berkaitan status Waqaf An-Nur sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan (CLBG). Menyelaras segala urusan berkaitan Ahli Lembaga Pengarah, termasuk pengendalian mesyuarat Lembaga Pengarah, mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengarah serta hal-hal lain yang melibatkan keperluan dan urusan Lembaga. Mengurus pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Mengurus dan menyelaras mesyuarat pengurusan Waqaf An-Nur. Bertindak sebagai pengawal dokumen syarikat bagi memastikan penyimpanan rekod yang lengkap, sistematik dan efektif, termasuk penyelenggaraan dokumen rasmi syarikat dan penyediaan cabutan minit mesyuarat. Berurusan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkenaan semua hal yang berkaitan dengan Waqaf An-Nur dan Syarikat dalam Kumpulan. Memberi nasihat am berkaitan perkara-perkara yang melibatkan kesetiausahaan syarikat, apabila diperlukan. Berkomunikasi dan bekerjasama dengan panel peguam, penyedia perkhidmatan, agensi kerajaan, badan berautoriti, pihak berkuasa berkaitan serta jabatan-jabatan dalam Waqaf An-Nur dan Syarikat dalam Kumpulan bagi melaksanakan tugasan dengan berkesan. Warganegara Malaysia; Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan, atau kelayakan yang setaraf dan diiktiraf; Merupakan Setiausaha Bertauliah yang berdaftar di bawah Institut Setiausaha dan Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAICSA); atau Setiausaha Berlesen yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai Setiausaha Syarikat; atau Setiausaha yang diiktiraf melalui keahlian dalam badan profesional yang memiliki Sijil Amalan di bawah Seksyen 241, Akta Syarikat 2016. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman sebagai Setiausaha Syarikat; Berpengalaman dalam melaksanakan tugasan kesetiausahaan termasuk penyediaan resolusi dan minit mesyuarat; pengurusan dan penyelenggaraan dokumen serta rekod syarikat serta memastikan pematuhan terhadap keperluan statutori dan perundangan Syarikat; Memegang lesen Setiausaha Syarikat yang sah dan diiktiraf; Mempunyai kemahiran pentadbiran dan pengurusan mesyuarat yang baik; Mempunyai kemahiran komunikasi serta penulisan yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; Mempunyai kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang tinggi; Mampu bekerja secara berdikari serta bekerjasama dalam pasukan.Skop Tugas
Kelayakan
Pengalaman
Through waqf mechanism, Johor Corporation continues to invest resources to carry out its corporate responsibility by providing professional management capabilities. The initiative of share waqf by JCorp is a testament... (More)